Sekapur Sireh

Menjanjikan kelainan ruang kediaman anda.

Hiasan dalaman tidak terbatas kepada golongan mewah dan elit sahaja. Ia adalah milik semua kelas masyarakat. Apa yang penting kebijaksanaan menggunakan elimen menghias bagi menghasilkan penyudah yang sempurna dan bergaya. Langsir misalnya adalah antara kemasiapan yang mudah diganti dan memberi kesan perbezaan ketara asalkan kena dengan konsep dan gayanya.

Tingkap dan pintu meninggalkan kesan tertentu kepada keseluruhan suasana dalaman rumah. Ia perlu dihiasi langsir yang sesuai sama ada menghias tingkap sahaja atau keseluruhanya.

Gaya langsir merupakan satu elimen penting dalam menentukan gaya sesebuah ruang.

* Pilihan febrik yang sesuai dapat mengambarkan suasana menarik di sebalik pintu atau tingkap.

* Bagi menyesuaikan suasana dalam rumah dan persekitaran di luar pemilihan warna langsir juga perlu di ambil kira, bergantung kepada cuaca di kawasan kediaman anda.

* Sebagai contoh :~ jika anda tinggal dikawasan yang agak dingin (kawasan tinggi) langsir berfabrik tebal amat di perlukan, supaya dapat mengekalkan suasana hangat didalam rumah.

* Febrik ringan dan nipis sesuai digunakan bagi suasana cuaca yg tidak menentu seperti hari ini.

Sebenarnya tiada peraturan tertentu untuk menghias tingkap kediaman anda. Anda boleh menggabungkan pelbagai ilham sendiri yang sesuai dengan reka bentuk dalaman kediaman anda. Dengan erti kata "TEPUK DADA TANYA SELERA"

syurgajendela.blogspot di cipta untuk memperkenalkan hasil kerja tangan saya sendiri dalam pembuatan langsir. Selain menerima tempahan langsir saya juga ada membuat tempahan sarung kusyen dan lapik meja.

Jika anda ingin membuat tempahan bolehlah menghubungi saya melalui alamat email saya syurgajendela@yahoo.com


Sekian...

Selasa, 26 Oktober 2010

Langsir Bidai & Roman Blinds

Langsir-bidai Romen rata apabila diturunkan... tetapi apabila ditarik ke atas, ia membentuk lipatan-lipatan kemas seperti lipatan pada akordion yang melembutkan efek. Ia sesuai dipasang apa jua jenis tingkap yang mempunyai ciri-ciri seni. Selain daripada kemas dan cantik, langsir-bidai Romen juga mudah ditarik ke atas dan kebawah tanpa mengganggu susunan lipatan langsir. Ia juga sesuai di pasang di ruang tamu dengan menyuaipadankan badan langsir yang sesuai iaitu dengan memilih corak berbunga dengan jalur menerusi langsir dan bidai... atau mengikut citarasa anda...

Corak karton menjadi pilihan si kecil... supaya bilik tidur mereka tampak ceria dan gembira. Gambar kampung boy seolah-olah menggambarkan suasana  sedang bermain bola sepak bersama-sama teman di kampung halaman mereka.





Paten kod  :  Roman Blinds (001)



     


               




Tiada ulasan:

Catat Ulasan